Sunday, April 25, 2010

Rahsia Rasa Hati - 6

Minggu berikutnya aku pulang ke rumah keluargaku. Aku tiada semangat untuk pergi kerja. Melalui En. Harris, aku mengambil cuti selama 5 hari. Aku seolah-olah bagai orang yang patah hati. Berada di samping mama dan papaku membuatkan aku rasa 'hidup' walau pada hakikatnya perasaanku telah lama gundah gulana akibat terlalu memendam perasaan. Tetapi aku harus bangkit mengenangkan hanya aku yang bertepuk sebelah tangan.

Akan aku cuba membuang untuk perasaan itu jauh-jauh kerana aku sedar jika Irfan mengetahuinya, sudah pasti dia akan menempelak aku sekali lagi. Kini aku berazam untuk tidak membenarkan hatiku ini disakiti dan maruahku ini dipermainkan sekali lagi oleh lelaki itu. Akan aku cuba untuk melarikan diri sejauh mungkin darinya tetapi tidak sekali-sekali aku berundur dari Sinar Jaya kerana itu akan menunjukkan kelemahanku sekaligus memberikan kemegahan di dada Irfan, kemenangan di hati Irfan. Tidak sekali-sekali! Kadangkala terselit juga di hatiku untuk menundukkan Irfan, buat dia tergila-gilakan diriku, kemudian aku pergi meninggalkannya. Tetapi, untuk apa itu semua jika ianya turut menyakitkan hatiku sendiri.

Tanpa disangka-sangka, petang ahad itu sewaktu aku sedang mengiringi Abang Farris ke keretanya untuk pulang setelah bertandang dihujung minggu, Irfan datang berkunjung. Kedatangannya menimbulkan tanda tanya dibenakku. Aku lantas memperkenalkannya dengan Abang Farris dan menjemputnya ke halaman rumahku untuk minum petang.

"Kenapa cuti tak inform I?," tanyanya sebelum sempat aku memperlawanya untuk duduk.

"I dah informed En. Harris," jawabku pendek.

"Siapa bos you?" tanyanya lagi.

Aku hanya mendiamkan diri sambil menyambut huluran hidangan petang daripada Mak Kiah, pembantu rumah keluargaku.

"Jemputlah minum, air bujang saja," perlawaku perlahan.

Irfan hanya mendiamkan diri sebagaimana aku. Dia lebih senang duduk memerhatikan aku. Sesekali matanya melilau memerhatikan halaman rumahku.

"Cantik taman ni," pujinya.

"Erm, hasil sentuhan mama I, hobinya menghias halaman,"

"ElleaNur, jemputlah kawan tu masuk ke dalam," tiba-tiba saja terdengar suara mama dari dalam rumah.

"Bukan kawan ma, tapi bos ElleaNur," sahut ku agak kuat.

"Oh ye? Ajaklah bos ElleaNur tu masuk ke dalam rumah, tak manis pulak duduk di luar saja,"

"Tak mengapalah makcik, saya selesa duduk di luar ni, cantik taman rumah makcik ni," sahut Irfan berserta pujian untuk mama sebelum sempat aku menjawab. Aku hanya mampu tersenyum kecil, pandai juga mamat ni mengambil hati mamaku.

"Hmmm... ElleaNur, bukan Eizurra?," soalnya dengan kening yang sengaja dimain-mainkan. Ada seulas senyuman sinis di wajahnya. Senyuman yang sangat aku benci.

"ElleaNur tu just untuk orang-orang yang I sayang, yang dekat dengan I," terangku memandang wajahnya selamba.

"ElleaNur…" panggilnya.

"Eh, sorry, untuk you Eizurra ok?," ujarku memintas percakapannya.

"Erm... u tak sayangkan I ke?,"

"Kenapa you datang rumah I?,"

"Melawat you, ingatkan you sakit," jawab Irfan pendek, selebihnya sebenarnya dia rindu untuk menatap sebujur wajah mulus di depannya itu.

"I sihat, so?,"

"So Alhamdulillah. Erm oklah, I minta diri dulu,"

"Jemputlah minum dulu," pelawaku cepat melihat Irfan seakan mahu cepat-cepat pulang. Irfan kembali duduk tetapi wajahnya tidak seceria tadi. Terasa hati agaknya dengan kata-kataku.

Aku kembali ke pejabat seperti biasa pada minggu berikutnya. Terlalu banyak tugas yang terpaksa aku siapkan setelah lama bercuti. Rakan-rakan sepejabatku heboh bertanya ke mana aku menghilangkan diri dan aku hanya tersenyum sumbing memberikan jawapan. Ada tugas yang perlu aku segera lakukan pagi ini, mengemas pejabat Irfan. Sudah seminggu lamanya aku tidak melakukan rutinku itu. Entah apa telah terjadi dengan bilik mamat itu agaknya. Dia bukannya boleh diharap sangat, pemalas! Yang dia tahu hanya hendak menyerak, getusku dalam hati.

Sedang aku leka mengemas dan menyusun fail-fail yang tunggang langgang di rak belakang meja Irfan, tiba-tiba terasa hembusan nafas di belakang telingaku. Aku berpaling dan bertentangan dengan Irfan dengan jarak yang sangat dekat. Kami bertatapan seketika dan apabila menyedari akan hakikat sebenar, mukaku merona merah. Dan dia aku lihat hanya tersenyum sinis lantas kembali berpusing ke tempat duduknya. Tanpa berlengah lagi aku segera mengatur langkah untuk keluar.

"Awak belum habis kemaskan fail-fail saya lagi Cik ElleaNur," ujarnya mematikan langkahku.

"Sila kemaskanya sekarang," sambungnya lagi.

Tanpa membalas aku terus menyambung menyusun fail-fail yang cuma tinggal sedikit itu. Seketika hanya alunan muzik yang melatari suasana di dalam pejabat Irfan. Masing-masing lebih senang membisu melayan perasaan sendiri.

"ElleaNur, awak masih sukakan saya kan?," tanya Irfan tiba-tiba.

Aku jadi gugup dan kelu dengan pertanyaannya itu. Kalau tak jawab pasti dia akan menganggap yang aku masih sukakannya. Aku menghela nafas panjang mencari jawapan.

"Itu cerita lama En. Irfan. Sudah lama saya lupakanya. Lagipun sekali maruah dan hati saya dipermainkan tak mungkin saya akan membiarkannya berulang kembali," jawabku mendatar.

"Tapi saya dapat lihat dengan jelas akan perasaan itu sebentar tadi," ujarnya sambil mengetuk-ngetukan pen di atas meja.

Ya Allah, adakah dia nampak akan perasaanku yang sebenar? Terpamer sudahkah rasa hatiku yang terpendam sekian lama? Aku berteka-teki sendiri sambil memikirkan kata-kata seterusnya bagi menyangkal dakwaannya itu.

"Itu hanya perasaan En. Irfan saja. Jangan sesekali En. Irfan cuba mempermainkan maruah dan hati saya!," kataku seraya berlalu keluar.

"Tea-O, please," katanya agak kuat.

"Buat sendiri!!!,"

Yes! Aku pasti akan perasaannya padaku saat ini. Getus hati Irfan girang. Dapat aku lihat dari tatapan mata bening itu sebentar tadi walau sedaya upaya cuba disangkal oleh ElleaNur. Sengaja aku mendekati dia secara diam-diam kerana hatiku begitu meronta untuk berada dekat dengan dirinya. Serasa dapatku cium haruman yang dipakai diselang-seli dengan hembusan nafasnya yang gemersik. Sunggguh indah! Akan ku pastikan dirinya menjadi milikku. Kau takkan kecewa ElleaNur. Akan aku cuba baluti luka hatimu yang disebabkan olehku 5 tahun lalu. Tidak perlu lagi kau menyembunyikan rasa hatimu lagi dengan kebencian yang cuba kau pamerkan padaku. Aku tetap milikmu. Itu janjiku.

Gila! Mamat tu memang dah gila! Dia sengaja mempermainkan aku sebentar tadi. Sungguh, aku tak sedar bila masanya dia masuk ke dalam biliknya. Sedar-sedar aku terasa hembusan nafas di belakang telingaku. Yang aku tahu apabila mata bertatapan hatiku berlagu riang. Saat itu sungguh indah seperti pertama kali aku bertatapan mata dengannya 5 tahun yang lalu sewaktu sesi pendaftaran pelajar baru. Mujur aku cepat sedar akan hakikat yang sebenar. Tapi aku juga seolah-olah dapat melihat perasaan yang sama di matanya sepertimana sinar yang terpancar di mataku. Mungkinkah dia? Ah, mesti dia sengaja ingin mempermainkan diriku! Pedulikan, kita tengoklah nanti siapa yang mainkan siapa Irfan!

"Hello, Julia keluar dengan I malam ni, kita jumpa dekat tempat biasa pukul 8.30pm ok?," tutur Irfan agak kuat apabila saja terpandangkan wajah ElleaNur di muka pintu. Terpancar riak gembira di wajahnya tatkala melihat ElleaNur melangkah masuk membawa minuman untuknya.

"Ok, letak kat situ," katanya tanpa memandang ElleaNur.

"Oklah Julia, jumpa you malam nanti, I ada banyak benda nak cerita dengan you, ok miss you, bye," tuturnya ceria lantas meletakkan ganggang.

ElleaNur hanya menjeling sekilas dan melangkah keluar. Sahlah dia memang mempermainkan aku pagi tadi. Jaga kau Irfan! Akan aku pastikan kau tunduk merayu padaku suatu waktu nanti. Kata hatinya geram.

Aiks... tak ada respon pun! Getus Irfan dalam hati.

No comments:

Post a Comment