Sunday, April 25, 2010

Rahsia Rasa Hati - 6

Minggu berikutnya aku pulang ke rumah keluargaku. Aku tiada semangat untuk pergi kerja. Melalui En. Harris, aku mengambil cuti selama 5 hari. Aku seolah-olah bagai orang yang patah hati. Berada di samping mama dan papaku membuatkan aku rasa 'hidup' walau pada hakikatnya perasaanku telah lama gundah gulana akibat terlalu memendam perasaan. Tetapi aku harus bangkit mengenangkan hanya aku yang bertepuk sebelah tangan.

Akan aku cuba membuang untuk perasaan itu jauh-jauh kerana aku sedar jika Irfan mengetahuinya, sudah pasti dia akan menempelak aku sekali lagi. Kini aku berazam untuk tidak membenarkan hatiku ini disakiti dan maruahku ini dipermainkan sekali lagi oleh lelaki itu. Akan aku cuba untuk melarikan diri sejauh mungkin darinya tetapi tidak sekali-sekali aku berundur dari Sinar Jaya kerana itu akan menunjukkan kelemahanku sekaligus memberikan kemegahan di dada Irfan, kemenangan di hati Irfan. Tidak sekali-sekali! Kadangkala terselit juga di hatiku untuk menundukkan Irfan, buat dia tergila-gilakan diriku, kemudian aku pergi meninggalkannya. Tetapi, untuk apa itu semua jika ianya turut menyakitkan hatiku sendiri.

Tanpa disangka-sangka, petang ahad itu sewaktu aku sedang mengiringi Abang Farris ke keretanya untuk pulang setelah bertandang dihujung minggu, Irfan datang berkunjung. Kedatangannya menimbulkan tanda tanya dibenakku. Aku lantas memperkenalkannya dengan Abang Farris dan menjemputnya ke halaman rumahku untuk minum petang.

"Kenapa cuti tak inform I?," tanyanya sebelum sempat aku memperlawanya untuk duduk.

"I dah informed En. Harris," jawabku pendek.

"Siapa bos you?" tanyanya lagi.

Aku hanya mendiamkan diri sambil menyambut huluran hidangan petang daripada Mak Kiah, pembantu rumah keluargaku.

"Jemputlah minum, air bujang saja," perlawaku perlahan.

Irfan hanya mendiamkan diri sebagaimana aku. Dia lebih senang duduk memerhatikan aku. Sesekali matanya melilau memerhatikan halaman rumahku.

"Cantik taman ni," pujinya.

"Erm, hasil sentuhan mama I, hobinya menghias halaman,"

"ElleaNur, jemputlah kawan tu masuk ke dalam," tiba-tiba saja terdengar suara mama dari dalam rumah.

"Bukan kawan ma, tapi bos ElleaNur," sahut ku agak kuat.

"Oh ye? Ajaklah bos ElleaNur tu masuk ke dalam rumah, tak manis pulak duduk di luar saja,"

"Tak mengapalah makcik, saya selesa duduk di luar ni, cantik taman rumah makcik ni," sahut Irfan berserta pujian untuk mama sebelum sempat aku menjawab. Aku hanya mampu tersenyum kecil, pandai juga mamat ni mengambil hati mamaku.

"Hmmm... ElleaNur, bukan Eizurra?," soalnya dengan kening yang sengaja dimain-mainkan. Ada seulas senyuman sinis di wajahnya. Senyuman yang sangat aku benci.

"ElleaNur tu just untuk orang-orang yang I sayang, yang dekat dengan I," terangku memandang wajahnya selamba.

"ElleaNur…" panggilnya.

"Eh, sorry, untuk you Eizurra ok?," ujarku memintas percakapannya.

"Erm... u tak sayangkan I ke?,"

"Kenapa you datang rumah I?,"

"Melawat you, ingatkan you sakit," jawab Irfan pendek, selebihnya sebenarnya dia rindu untuk menatap sebujur wajah mulus di depannya itu.

"I sihat, so?,"

"So Alhamdulillah. Erm oklah, I minta diri dulu,"

"Jemputlah minum dulu," pelawaku cepat melihat Irfan seakan mahu cepat-cepat pulang. Irfan kembali duduk tetapi wajahnya tidak seceria tadi. Terasa hati agaknya dengan kata-kataku.

Aku kembali ke pejabat seperti biasa pada minggu berikutnya. Terlalu banyak tugas yang terpaksa aku siapkan setelah lama bercuti. Rakan-rakan sepejabatku heboh bertanya ke mana aku menghilangkan diri dan aku hanya tersenyum sumbing memberikan jawapan. Ada tugas yang perlu aku segera lakukan pagi ini, mengemas pejabat Irfan. Sudah seminggu lamanya aku tidak melakukan rutinku itu. Entah apa telah terjadi dengan bilik mamat itu agaknya. Dia bukannya boleh diharap sangat, pemalas! Yang dia tahu hanya hendak menyerak, getusku dalam hati.

Sedang aku leka mengemas dan menyusun fail-fail yang tunggang langgang di rak belakang meja Irfan, tiba-tiba terasa hembusan nafas di belakang telingaku. Aku berpaling dan bertentangan dengan Irfan dengan jarak yang sangat dekat. Kami bertatapan seketika dan apabila menyedari akan hakikat sebenar, mukaku merona merah. Dan dia aku lihat hanya tersenyum sinis lantas kembali berpusing ke tempat duduknya. Tanpa berlengah lagi aku segera mengatur langkah untuk keluar.

"Awak belum habis kemaskan fail-fail saya lagi Cik ElleaNur," ujarnya mematikan langkahku.

"Sila kemaskanya sekarang," sambungnya lagi.

Tanpa membalas aku terus menyambung menyusun fail-fail yang cuma tinggal sedikit itu. Seketika hanya alunan muzik yang melatari suasana di dalam pejabat Irfan. Masing-masing lebih senang membisu melayan perasaan sendiri.

"ElleaNur, awak masih sukakan saya kan?," tanya Irfan tiba-tiba.

Aku jadi gugup dan kelu dengan pertanyaannya itu. Kalau tak jawab pasti dia akan menganggap yang aku masih sukakannya. Aku menghela nafas panjang mencari jawapan.

"Itu cerita lama En. Irfan. Sudah lama saya lupakanya. Lagipun sekali maruah dan hati saya dipermainkan tak mungkin saya akan membiarkannya berulang kembali," jawabku mendatar.

"Tapi saya dapat lihat dengan jelas akan perasaan itu sebentar tadi," ujarnya sambil mengetuk-ngetukan pen di atas meja.

Ya Allah, adakah dia nampak akan perasaanku yang sebenar? Terpamer sudahkah rasa hatiku yang terpendam sekian lama? Aku berteka-teki sendiri sambil memikirkan kata-kata seterusnya bagi menyangkal dakwaannya itu.

"Itu hanya perasaan En. Irfan saja. Jangan sesekali En. Irfan cuba mempermainkan maruah dan hati saya!," kataku seraya berlalu keluar.

"Tea-O, please," katanya agak kuat.

"Buat sendiri!!!,"

Yes! Aku pasti akan perasaannya padaku saat ini. Getus hati Irfan girang. Dapat aku lihat dari tatapan mata bening itu sebentar tadi walau sedaya upaya cuba disangkal oleh ElleaNur. Sengaja aku mendekati dia secara diam-diam kerana hatiku begitu meronta untuk berada dekat dengan dirinya. Serasa dapatku cium haruman yang dipakai diselang-seli dengan hembusan nafasnya yang gemersik. Sunggguh indah! Akan ku pastikan dirinya menjadi milikku. Kau takkan kecewa ElleaNur. Akan aku cuba baluti luka hatimu yang disebabkan olehku 5 tahun lalu. Tidak perlu lagi kau menyembunyikan rasa hatimu lagi dengan kebencian yang cuba kau pamerkan padaku. Aku tetap milikmu. Itu janjiku.

Gila! Mamat tu memang dah gila! Dia sengaja mempermainkan aku sebentar tadi. Sungguh, aku tak sedar bila masanya dia masuk ke dalam biliknya. Sedar-sedar aku terasa hembusan nafas di belakang telingaku. Yang aku tahu apabila mata bertatapan hatiku berlagu riang. Saat itu sungguh indah seperti pertama kali aku bertatapan mata dengannya 5 tahun yang lalu sewaktu sesi pendaftaran pelajar baru. Mujur aku cepat sedar akan hakikat yang sebenar. Tapi aku juga seolah-olah dapat melihat perasaan yang sama di matanya sepertimana sinar yang terpancar di mataku. Mungkinkah dia? Ah, mesti dia sengaja ingin mempermainkan diriku! Pedulikan, kita tengoklah nanti siapa yang mainkan siapa Irfan!

"Hello, Julia keluar dengan I malam ni, kita jumpa dekat tempat biasa pukul 8.30pm ok?," tutur Irfan agak kuat apabila saja terpandangkan wajah ElleaNur di muka pintu. Terpancar riak gembira di wajahnya tatkala melihat ElleaNur melangkah masuk membawa minuman untuknya.

"Ok, letak kat situ," katanya tanpa memandang ElleaNur.

"Oklah Julia, jumpa you malam nanti, I ada banyak benda nak cerita dengan you, ok miss you, bye," tuturnya ceria lantas meletakkan ganggang.

ElleaNur hanya menjeling sekilas dan melangkah keluar. Sahlah dia memang mempermainkan aku pagi tadi. Jaga kau Irfan! Akan aku pastikan kau tunduk merayu padaku suatu waktu nanti. Kata hatinya geram.

Aiks... tak ada respon pun! Getus Irfan dalam hati.

Wednesday, April 14, 2010

Rahsia Rasa Hati - 5

[Monolog Ezairil Irfan]

ElleaNur Eizurra…

Nama yang aku rasakan cukup indah sekali, secantik orangnya. Walaupun zahirnya nampak sedikit kasar, tapi dapat aku rasakan ada kelembutan di dalam hatinya. Sungguh... dulu aku tidak nampak semua itu walau perasaan hatiku sedikit tersentuh tatkala mengetahui dia menyukai diriku di dalam diam. Aku tahu dia berhak untuk menyukai malah menyintai seorang lelaki. Siapa aku untuk menghalang dirinya? Tetapi egoku yang kuat menafikan haknya sebagai seorang wanita. Dan sanggup pula aku mencalarkan harga dirinya di khalayak ramai.

Kejamkah aku?

Namun, itu kisah 5 tahun yang lalu, kisah yang cuba aku padamkan dari ingatan. Tapi mampukah aku memadamkannya dalam lipatan sejarah yang menyentuh hati kecilku. Dapat aku rasakan satu perasaan halus yang menyelinap ke dasar tangkai hatiku tatkala dia mengucapkan terima kasih dengan suara yang lirih sebelum berlalu pergi. Tetapi, perasaan itu aku pendamkan dan aku pamerkan pula dengan kata-kata yang menyakitkan hatinya juga reaksi-reaksi yang membuatkan dia bertambah benci akan diriku.

Gembirakah aku dengan kebencian ElleaNur itu? Ternyata tidak! Sekelumit pun aku tidak gembira.

Dan, aku pun tidak menyangka yang kami akan bertemu kembali disaat aku hampir berjaya menyingkirkan namanya dari hatiku. Semuanya gara-gara mama yang memperkenalkan kami sewaktu kenduri akikah anak Abang Long. Kebetulan pula dia juga bekerja di syarikat papa dan itu yang semakin mendekatkan aku dengan dirinya. Tapi aku tetap dengan egoku seolah-olah tidak tergugat akan kemunculannya di dalam kehidupan seharianku. Sentiasa saja aku pamerkan sunyuman sinis dan melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hatinya.

ElleaNur...

Dapat aku rasakan nama itu mempunyai makna dan pengertian yang tersendiri. Walaupun semua orang memanggilnya Eizurra, tapi aku senang sekali dengan panggilan ElleaNur. Lagipun lidah aku ni liat betul nak sebut Eizurra!

Oh ElleaNur, kaulah segalanya untukku. Hanya engkau dihatiku sayang!

::You're My Everything-Santa Esmeralda::

Na na na na ...
You're my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up in the sky

Tell me I'm in love, when I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head in a spin
Deep with in I'm in love

You're my everything and nothing
Really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and the day
I need you close to me
You're my everything
You never have to worry never fear
For I am near when I hold you tight
there's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you safe and warm
Yes, so strong my love

You're my everything
I live upon the land and see the sky above
I'll swim within oceans sweet and warm
There's no storm my love


[Monolog ElleaNur]

Kenapa?

Kenapa dia selalu menyakitkan hatiku? Selalu menyusahkan hidupku? Mengganggu ketenteraman hatiku? Mengapa?!

Ezairil Irfan...

Aku jadi lemah akan sebaris nama itu. Tidakkah dia tahu aku ini hanya manusia biasa yang sememangnya dilahirkan dengan perasaan untuk mencintai dan dicintai. Itu fitrah, perasaan luhur yang dikurniakan oleh Illahi pada setiap insan. Aku tidak minta dia membalas cintaku. Tidak sesekali! Cukup hanya aku yang menyintai dia seorang. Cukup hanya aku yang memuja dia dari kejauhan. Cukup hanya aku yang merinduinya di dalam diam. Cukup hanya aku seorang yang merasai perasaan indah itu.

Tapi, cukupkah? Cukupkan ElleaNur?!

Ya cukup! Sedikit waktu dulu aku pasti cukup. Aku rela andai cintaku tidak berbalas. Tapi, hari ini dan di saat ini aku tidak pasti lagi. Dulu memang perasaan itu telah lenyap tetapi tanpa aku sedari ianya datang lagi. Tambahan pula, hampir setiap hari kami pasti akan berjumpa. Sungguh! telah aku cuba menyekat perasaan itu, selalu mempamerkan sikap kasar, perasaan jengkel dan dingin dengannya, tapi hanya aku yang tahu rasa hatiku. Ngilu dihatiku menjadi tanda bercambahnya benih cinta. Degupan jantung menjadi saksi betapa tidak terbendung lagi akan perasaanku ini. Fikiranku menerawang memikirkan dirinya, mataku asyik membayangkan susuk tubuhnya.

Kini, hatiku tidak lagi tenang sekembali menjemputnya dari airport pagi tadi. Seakan terngiang-ngiang ucapan terima kasih dan maaf darinya. Ada lirih di dalam sebaris ucapan lelaki itu dan wajahnya yang keruh sungguh menyentuh hatiku. Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan? Aku tak mampu selamanya memendam perasaan yang kian bercambah ini. Sungguh! Aku terseksa dengan pembohongan ini.

Bait-bait lagu Dayangku Intan dari corong radio dihujung bilik menerjah ke kotak fikiranku..

::Semakin hari semakin sayang-Dayangku Intan::

Ku pendamkan hasrat hati yang mencintaimu
Kerna aku takut untuk terus terang
Bimbang aku bimbang jika kau tak sudi
Oh..tentu aku malu
Bagaimana nanti ku harus harungi
Kenyataan..Kenyataan
Harap kasih..harap kasih
Tapi sayang tiada balasan
Kecewa sedih
Setiap hari aku tatap wajahmu
Lidahku kelu dan membeku
Tetapi sinaran sepasang matamu
Buat aku semakin rindu
Semakin sayang
Kepadamu
Kenyataan..Kenyataan
Harap kasih..harap kasih
Tapi sayang tiada balasan

Wednesday, April 7, 2010

Rahsia Rasa Hati - 4

Tengah hari ini, Abang Farris telah berjanji untuk menjemputku untuk makan tengah hari bersamanya. Setelah selesai meeting dengan En. Harris, Irfan dan juga staf-staf dari bahagian Construction, aku bergegas turun ke lobi. Entah apa malang menimpa, aku telah dilanggar 'lari' oleh si senyuman sinis itu. Lelaki itu dengan muka sinisnya berlalu membiarkan aku tercengang-cengang lantas jelingan maut aku lemparkan seraya melangkah menuju ke arah kereta Abang Farris yang sedia menanti. Dan apabila aku menoleh, aku lihat ada sepasang mata yang merenung tajam ke arahku dari sekelompak pekerja Sinar Jaya. Renungan itu terus mengekori kereta abang Farris hingga hilang dari pandanganku.

Sekembali ke pejabat, aku segera menyudahkan proposal yang diberikan oleh Irfan semasa meeting pagi tadi. Sempat jugak fikiran nakalku mengingati Abang Farris. Boleh tahan juga abang sepupuku itu, kalau tak kuat iman boleh tergoda!. Seingatku umur dia lebih kurang 28 tahun, 3 tahun lebih tua dariku dan rasanya sebaya dengan si senyuman sinis itu. Erm... teringat pulak akan kata-kata mamat sinis itu waktu terserempak denganku selepas sekembalinya dari lunch dengan Abang Farris tengahari tadi.

"Hai Cik ElleaNur, baru balik lunch ke?," tanyanya tiba-tiba mengejutkanku yang baru ingin mencapai tombol pintu pejabat.

"Syoknya jumpa buah hati sampai tak sempat nak tengok jam ya," ujarnya lagi. Aku segera melihat jam di tangan. Alamak 2.30pm!

"Err... sorry En. Irfan jalan jammed sikit tadi, tu yang lambat sikit tu," kataku agak gugup.

"Erm ok, so, I want the proposal that I asked you to prepare this morning on my desk at 5pm on the dot!," katanya tegas dan terus berlalu.

"Alamak, matilah aku!," jeritku perlahan.

Dan kerana arahan gilanya itu, aku pulun buat kerja sampai sakit tengkuk dan biji mata nak siapkan proposal. Tadi katanya semasa meeting nak esok pagi. Tup-tup lepas lunch kata nak hari ni pulak. Benci betul aku! Nasib baik kau tu bos aku, kalau Pak Samad driver papa aku, dah lama aku berhentikan dia tau. He..he.. tapi sanggup ke aku nak pecat Pak Samad? Mana boleh, dia kan baik. Tapi yang masalahnya si senyuman sinis ni kejam! Deringan telepon di meja mematikan kata-kata hatiku yang nakal.

"So, dah siap ke belum?," kata suara dihujung talian tanpa sempat aku ucap hello.

"Ada sikit saja lagi En. Irfan, give me 15 minutes, ok?," jawabku. Sekilas mengerling jam di tangan, baru pukul 4.30pm. Aku mencebik geram. Mengada!

"Ok, saya tunggu, tolong cepat sikit," katanya seraya meletakkan ganggang.

Setelah siap aku segera melangkah ke bilik Irfan untuk menyerahkan proposal. Tanpa menunggu lama aku melangkah keluar tapi ditahan olehnya.

"Sudah awak pastikan semuanya lengkap? tiada tersalah ejaan?," tanyanya.

"Ya, sudah, kalau tak puas hati, En. Irfan boleh double check sekali lagi," jawabku perlahan.

"Ok, I'll check it later, lagipun tengah hari esok baru kita kena submit kan?," tuturnya sejurus kemudian. Ada senyuman kecil di hujung bibir lelaki itu yang cuba disembunyikan dari pandanganku.

"What?" terpacul soalan dari bibirku.

Aku dapat rasakan yang pipiku semakin menyerlahkan warnanya. Pasti pemerah pipi aku bertambah pekat warnanya. Hanya sumpah seranah yang memenuhi hatiku disaat melihat dia mempamerkan senyuman sinisnya itu. Ya Allah tabahkan hatiku.

"Tomorrow, I want you to fetch me at 7.30am and drive me to the airport. I have to fly to KK," katanya memberi arahan.

"Eh, En. Irfan, I'm not your driver ok, lagipun Pak…"

"This is an order ElleaNur! Kan saya dah informed awak yang sometimes you have to work on my personal matters. Lagipun Pak Mail cuti dan saya rasa awak saja yang sesuai untuk menggantikan tugasnya," ujarnya lagi.

Dengan perasaan yang mendongkol marah aku melangkah keluar. Dan akhirnya, sepanjang perjalanan pulang aku terusan mengomel tanda ketidakpuasan hatiku terhadap arahan si senyuman sinis yang entah apa-apa itu.

Esoknya, seawal jam 7am aku sudah terpacak di hadapan rumah banglo En. Harris. Dari luar kelihatan Irfan melangkah ke arahku dengan sebuah bagasi kecil. Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Sengaja aku memandu dengan laju bagi mempamerkan rasa marahku.

"ElleaNur, jangan drive laju-laju nanti kemalangan. Saya ni belum kahwin lagi tau?," tegur Irfan. Aku mencebikkan bibir seraya menekan pedal minyak menambahkan lagi pecutan.

"ElleaNur!!!," marah irfan. Aku buat muka selamba. Peduli ape aku kau belum kahwin pun.

Sebelum berlalu masuk ke dalam airport sempat dia berpesan supaya berhati-hati memandu dan juga untuk menjemputnya esok jam 9.30am. Aku terpempam. Sakitnya hati aku! Ya Allah dugaan apakah ini?

Esoknya, aku sengaja melengah-lengahkan waktu untuk menjemput Irfan. Sesampai di sana aku lihat dia sedang menanti di ruang menunggu dengan muka yang tegang. Tanpaku jemput dia terus membuka pintu dan mengambil tempat di belakang. Ewah! ini sudah lebih, getus hatiku. Tetiba saja darahku tersirap naik ke kepala.

"En. Irfan, apa you ingat I ni driver? Kuli you? You tak habis-habis nak menyakitkan hati I ya En. Irfan. Cukuplah sekali dulu you menghina dan merendah-rendahkan maruah I! Cukuplah ok?!," tingkahku agak kuat seraya melangkah keluar dan menghempaskan pintu kereta. Fuh, lega sikit hati aku! Aku lihat Irfan terpinga-pinga keluar dari kereta dan melangkah ke arahku.

"Kenapa you biarkan I menunggu lama? Kan I dah cakap kat you pukul 9.30am, look now pukul berapa baru you sampai?," tanyanya marah. 11.30am jawabku dalam hati.

"I ada hal pagi tadi En. Irfan. You tak peduli itu semua bila you suruh I jemput you semalam," ujarku dengan nada yang sama. Sedikit membohongi dirinya.

"Ini pun nasib baik I ni baik hati nak jemput you, tau tak?," ujarku lagi.

Irfan merenung tepat ke dalam anak mataku, mencari kejujuran di situ barangkali. Cepat-cepat aku memandang ke arah lain.

"Dah cepat masuk, let me drive," katanya sambil mengambil tempat pemandu.

Dengan muka yang masih bengang aku mengambil tempat duduk di sebelahnya. Irfan memandu tenang tanpa sebutir bicara sehinggalah sampai ke rumahnya.

"Terima kasih dan maaf kerana menyusahkan you," katanya perlahan.

Irfan melangkah keluar. Sedikitpun dia tidak memandang ke arahku. Aku hanya memandang kosong ke arahnya dan terus memandu pulang. Dan akhirnya seharian aku memerap di dalam bilik. Melayan perasaan, aku sengaja ingin menyakiti hati Irfan tapi akhirnya aku sendiri yang makan hati kerana menyesali perbuatan diri.

"I hate you Irfan! I hate you! I hate you!!!"

Thursday, April 1, 2010

Rahsia Rasa Hati - 3

Hujung minggu ini, aku pulang ke rumah keluargaku di Kajang. Mama dan papa sudah kerapkali telepon menyuruhku pulang kerana ada perkara penting yang aku sendiri tidak pasti. Sampai di rumah mama dan papa masih belum pulang dari rumah nenek di Sungai Choh dan aku hanya merehatkan diri di dalam bilik melayan fikiran. Semenjak akhir-akhir ini, mindaku seakan-akan tepu dengan kenangan lama yang semuanya menyakitkan hati aku semasa di UM. Dan semuanya pasti angkara si senyuman sinis itu. Hanya dia yang banyak menghimpunkan kenangan pahit dalam hidupku sebagai seorang pelajar.

Adakah salah bagiku untuk menyukai seseorang? Rasanya setiap insan di dunia ini mempunyai hak yang mutlak ke arah itu. Itu fitrah semulajadi seorang insan di muka bumi ini. Tetapi kenapa Irfan tidak menyedari akan hakikat itu malah sanggup mempersenda-sendakan perasaan suci aku dengan mengatakan aku ini tergila-gilakan dirinya. Aku tidak gila! jauh sekali menyintainya ketika itu. Cuma yang aku tahu, dia sekadar menjadi pemangkin bagi diriku. Aku tidak minta dia untuk membalas rasa hatiku kalaupun ketika itu aku mencintainya. Cukup sekadar menghormatiku sebagai seorang wanita yang tidak rela direndahkan maruahnya. Dan kini aku tidak membenci dirinya tetapi sekadar melayan rasa sakit hatiku. Hanya aku yang tahu akan rasa hatiku…

Tanpa sedar aku terlelap hampir ke dinihari. Mujur juga mama mengejutkan diriku yang terlena. Dan berada dalam dakapan mama sejurusnya membuat aku rasa 'ringan'. Bebas dari masalah dah kenangan lama yang menyesakkan dada dan fikiran.

"Oh, mama... lamanya ElleaNur tak jumpa mama," kataku membalas pelukan erat mama.

"Rindunya…," sambungku manja dengan sebuah kucupan di pipi mulus mama. Mama memandangku dengan rupa sedikit pelik.

"Laa... anak manja mama ni, lama apanya tak jumpa, baru minggu lepas tidur dengan mama kan?," ujarnya.

"Alah, lamalah tu mama. Kalau boleh hari-hari ElleaNur nak tidur dengan mama tau!," balasku panjang.

"Hah iyerlah tu! mama suruh tinggal dengan mama tak mau, nak jugak duduk dekat Bangsar sana tu, entah apa yang ElleaNur suka sangat dekat sana tu pun mama tak tau lah," balas mama memulakan hobi meleternya yang agak lama aku tak dengar.

"Bukan ElleaNur tak mahu tapi...,"

"Tapi apa?," soal mama pantas.

"Ermm tak ada apalah... mama, papa mana? ElleaNur rindu ni," pintasku cepat. Malas nak dengar mama membebel panjang lagi-lagi kalau dia mengungkit pasal ketidakmahuan aku tinggal bersamanya.

"Sudah pergi mandi cepat, lepas ni kita makan malam bersama. Papa ada dekat bawah tu," sambungnya lagi.

Sewaktu makan malam mama dan papa berbicara mengenaiku. Sampai bila aku hendak menyendiri yang menurut mereka sudah sampai masanya berumahtangga. Tapi bagiku, aku tidak bersedia ke arah itu, seakan ada sesuatu yang menghalang aku untuk menerima setiap pinangan yang datang. Sudah kerapkali mama dan papa terpaksa menolak dengan pelbagai alasan. Selepas ini, kata mama dan papa mereka akan menerima sesiapa saja yang masuk meminang.
Aku hanya mampu mendiamkan diri, malas memberi sebarang komen. Tambahan pula aku memberitahu mereka yang aku masih tidak mempunyai teman istimewa untuk menyuruh keluarganya datang menyuntingku dari mama dan papa. Bukan tiada lelaki yang ingin mendampingiku, cuma hatiku yang tidak terbuka untuk mereka. Abang Farris sepupuku yang paling rapat sewaktu kecil pun pernah meluahkan perasaannya padaku sedikit waktu dulu. Tapi aku tidak pernah menganggapnya lebih dari seorang abang. Alia…tolong temanmu ini…rintihku di dalam hati.

Rupa-rupanya, minggu itu juga kami ada tetamu khas dari New Zealand. Patutlah mama beriya-iya menyuruhku pulang. Mak Long ku yang menetap di sana pulang bercuti sambil menghantar anak-anaknya yang kebetulan mendapat kerja dan belajar di KL. Abang Farris turut ada memandangkan dia akan mula bekerja di KL kerana tempat kerjanya di NZ membuka cawangan pertama mereka di sini. Manakala adiknya Farissa yang muda 5 tahun dariku pula melanjutkan pelajarannya di UM dalam jurusan Linguistik. Seakan ada pesta di rumah kami dengan kehadiran mak long sekeluarga yang sememangnya kecoh itu, ditambah lagi dengan telatah Farrisa yang selalu mencuit hati kami semua. Kunjungan mereka juga menamatkan persoalan mama dan papa mengenai jodohku. Alhamdulillah, selamatlah aku untuk kesekian kalinya.