Sunday, August 1, 2010

Rahsia Rasa Hati - 10

Tanpa sedar, usia pertunanganku dengan Irfan menjangkau 5 bulan. Kalau mengikut perjanjian majlis perkahwinan aku dan Irfan akan dilangsungkan dalam masa lebih kurang 4 bulan lagi. Tetapi mama memberitahuku pihak lelaki ingin mempercepatkan tarikh pernikahan kami dan persandingannya sebagaimana yang telah dipersetujui semasa majlis pertunangan dulu. Nikah gantung! Bolehkah aku menerima kehadiran Irfan sebagai suamiku dalam masa terdekat ini? Tidakku nafikan aku sudah mula menerima Irfan dan juga menyayanginya sepenuh hati, cuma egoku menghalang aku untuk mempamerkannya secara terbuka di depan Irfan.

Sehingga kini, aku masih belum memakai cincin pertunangan kami walau kerapkali dipersoal oleh Irfan. Cincin itu hanya tersarung apabila aku pulang kerumah mama ataupun berkunjung ke rumah Irfan, itupun bagi mengelakkan kontroversi. Tapi kini hatiku bagaikan meronta untuk menyarungkannya. Ya! Sudah tiba masanya aku memberikannya hak untuk menghiasi jari manisku yang sekian lama mendambakannya. Dan yang lebih penting, aku mahu Irfan menyedari bahawa aku sudah mula menyayangi dan bersedia menjadi hak mutlak dirinya. Itu janjiku padanya diawal pertunangan kami.

"Good morning Rina, Azman, Syikin," sapaku ceria mengorak langkah kebilik pejabat.

Semenjak malam tadi moodku seakan-akan berubah ceria. Semuanya gara-gara cincin pertunangan yang kini tersarung kemas dijari manisku. Ermm harap-harap Irfan perasan akan kewujudannya di jariku hari ini, hatiku berbunga riang. Dan sewaktu menghantar minuman, aku sengaja melentik-lentikan jari manisku sewaktu meletakkan mug di depan Irfan. Dia hanya menjeling sekilas tanpa memandang wajahku dan meneruskan kerjanya. Entah apa yang dibeleknya dalam fail tu agaknya, khusyuk sangat! Getus hatiku lantas berlalu keluar dengan perasaan sebal. Tidak nampak atau pura-pura tak nampak?

Yes! ElleaNur telah memakai cincin itu. Ini bermakna dia sudah mula menerima pertunangan kami dan menyayangi aku. Sengaja aku buat-buat tidak perasan dan tidak memandang ke arahnya semasa dia menghantar minuman sebentar tadi. Masakan aku tidak nampak kerana itulah rutin mataku setiap hari selepas bertunang dengannya. Setiap hari mataku ini akan tertancap di jari manisnya menunggu kalau-kalau cincin itu sudah tersarung di jarinya. Dan hari ini penantianku berakhir. Bagaikan tidak percaya, serasa ingin menjerit sekuat hati memberitahu dunia betapa aku gembira.

Tidak pernah aku segembira ini semenjak mengenali dirinya. Tidak sabar rasanya ingin bertemu wajah dengan ElleaNur, mendengar ungkapan cinta dan sayang darinya. Sepanjang pertunangan kami, tidak pernah sekalipun aku mendengar kalimah dari mulutnya yang bisa menggetarkan naluri lelakiku. Hanya aku yang selalu mengungkapkannya. Itupun selalu ditempelak oleh ElleaNur yang sentiasa dengan reaksi dinginnya apabila berada dekat denganku. Ah! ElleaNur, I love you!!! Tapi... benarkah dia sudah mula menyayangi diriku? Menerima pertunangan kami mungkin, tetapi menyayangi diriku, aku tidak berapa pasti. Atau masih berdendamkah dia denganku seperti 5 tahun yang lalu?

Irfan bersiul kecil melangkah keluar menuju ke pejabat ElleaNur. Ingin diluahkan segala perasaannya saat ini. Tiba diluar dia terpandangkan Julia yang baru keluar dari lif dengan sejambak bunga di tangan.

"Hi Julia, apa khabar? You datang ni nak jumpa I ke?," tanya Irfan seraya melangkah menghampiri Julia, teman rapatnya sewaktu belajar di Australia dulu.

"Yup! I ada benda nak bagi kat you," jawab Julia menghulurkan bunga.

"Aiks..apa pasal bagi bunga kat I ni, anything special today?," tuturnya menyambut huluran bunga dari tangan Julia. Seketika bunga ditangan dibelek hairan.

"Rasa pelik pulak bila seorang lelaki dapat bunga, selalukan perempuan yang dapat," komen Irfan tersenyum memandang sekeliling.

Tiba-tiba matanya bersabung pandang dengan anak mata ElleaNur yang ketika itu sedang mengorak langkah membawa mug menuju ke biliknya. Ada riak marah dan cemburu di mata itu. Dengan muka yang masam mencuka tanpa secalit senyuman dia menghilangkan diri disebalik pintu biliknya. Alamak, apa yang perlu aku lakukan. Julia..Julia kenapalah kau datang di saat hubungan aku dengan ElleaNur baru ingin kembali pulih, getus Irfan memandang ke wajah Julia yang masih tersenyum.

"Hei, hari inikan Valentine Day, sejak bila pulak kau lupa ni? So, no flowers for me? Hmmm?," soalnya kemudian.

"Lor..iyer ker? Aku betul-betul lupalah Julia," jawab Irfan sambil menggaru kepala.

"Ok takpa, aku maafkan, tapi kau kena belanja aku candle light dinner malam ni, ok?", Julia tetap dengan perangainya, suka sangat mendesak, getus hati Irfan.

"Malam ni tak boleh lah Julia, aku ada hal. Apa kata kalau lusa malam, boleh?," tutur Irfan sengaja memberi alasan menolak. Sebenarnya saat ini otaknya ligat memikirkan tentang ElleaNur. Marahkah dia? Cemburu? Apa yang perlu aku buat?

"Oklah kalau macam tu, kita jumpa lusa malam tau," jawab Julia mematikan lamunan Irfan dan melangkah pergi.

"Ok, happy valentine day! And thanks for the nice flowers," ucap Irfan seraya berlalu ke pejabat ElleaNur.

ElleaNur sedang tekun mengadap skrin notebook didepannya ketika Irfan melangkah masuk. Sudahlah sakitkan hati aku, masuk pulak tak tau nak ketuk pintu dulu, getus hatinya geram memandang sekilas kearah Irfan yang berada di depannya. Tanpa mempedulikan reaksi Irfan dia terus menaip bait-bait kertas kerja yang perlu disiapkan. Hati dan fikirannya saat itu sedang berperang dengan perasaan marah, cemburu dan sakit hati menyaksikan pertemuan antara Irfan dengan Julia sebentar tadi. Untuk seketika hanya kedengaran bunyi keyboard yang diselang-selikan dengan ketukan jari-jemari Irfan di permukaan meja. Sesekali ElleaNur sengaja mendengus kecil, sengaja mengambarkan rasa hatinya yang sakit dan melegakan hati yang panas saat itu.

"Jari you tu tak tahu diam ke?," soal ElleaNur geram tanpa memandang wajah yang selalu mendera perasaannya itu.

"Jari you pun sama," jawabnya selamba meneruskan ketukkan dimeja dengan mata yang sengaja merenung kearah jariku.

Jariku yang sebentar tadi rancak menari di atas keyboard tiba-tiba jadi kaku, aku berpaling dan pandangan kami bersatu, lama!. Untuk seketika hanya mata dan hati seakan berbicara meluahkan rasa hati masing-masing sehinggalah aku sendiri yang menamatkannya apabila tiba-tiba teringatkan Julia , hatiku jadi sakit! Segera aku berpaling dan meneruskan kerja.

"Perlu apa you ke bilik I?," tanyaku sekadar menutup perasaan malu dan rasa hatiku yang sakit saat itu.

Irfan didepan merenung terus. Rimas! Aku bangkit ke tepi jendela membuang pandang ke luar, memerhati pergerakkan kenderaan yang agak sibuk. Irfan hanya mendiamkan diri seolah sedang memikirkan sesuatu untuk diperkatakan. Mencari alasanlah tu!

"You marah kat I?, I meant pasal Julia," tuturnya perlahan. Aku hanya mendengus perlahan. Mencari kata-kata yang sesuai untuk dibidas.

"I ada hak untuk itu, sebagaimana you marah bila I berjumpa Abang Farris, itulah yang I rasakan," jawabku setelah seketika mendiamkan diri.

"I takkan larang you untuk berjumpa Julia atau siapa saja perempuan yang you suka. Itu hak you. Tapi jangan sesekali you mengkhianati kepercayaan dan menyakiti hati I," sambungku panjang dan mengeluh lega.

Sebahagian dari hal yang terbuku dihati telah berjaya aku luahkan, selebihnya akan aku luahkan bila keadaan mengizinkan. Walau kedengaran seperti sebuah ugutan tetapi itulah yang aku mahu Irfan tahu, mengerti bahawa aku sudah mula menerima dan meletakkan kepercayaanku kepada dirinya. Aku kembali melayan perasaan lantaran tiada sebarang reaksi dari Irfan. Tiba-tiba tubuhku di peluk perlahan dari belakang dan tanganku di capai oleh Irfan. Cincin di jari manis kiriku di ramas perlahan.

"Terima kasih kerana sudi menerima I," ucap Irfan lembut seraya membawa jariku ke bibirnya, menghadiahkan sebuah ciuman kudus disitu.

Irfan mengeratkan lagi pelukan di pinggangku. Untuk seketika aku leka di dalam pelukan Irfan, melayan perasaan yang berbaur sedih dan gembira. Hanya kedengaran bunyi nafas Irfan yang indah dicuping telingaku.

"I dari pagi lagi sudah nampak cincin di jari you tau. Sengaja I buat-buat tak perasan," katanya bersulam ketawa kecil. Aku hanya mendongak mencari wajahnya menunjukkan riak marah.

"Alah..you tu memang! Selalu mempermainkan I," getusku geram sambil menyiku perut Irfan.

Aku merungkaikan pelukan Irfan dan berlalu duduk di mejaku. Pen dimeja aku ketuk perlahan. Ada sesuatu yang ingin aku tanya pada Irfan. Aku perlukan jawapannya bagi meredakan gelodak perasaanku selama ini, supaya hubungan aku dengan Irfan berlangsung tenang. Tiada rahsia yang tersembunyi.

"Fan…," panggilku dengan suara yang sengaja dilunakkan. Nampaknya sedikit dari sifat manjaku sudah mula menyerlah. Selebihnya bakal diketahui oleh Irfan sedikit masa nanti.

"Hmm...," jawabnya lantas berjalan ke arahku, berdiri dibelakangku dengan kedua tangannya diletakkan diatas belakang kerusi yang aku duduk.

"Ada apa?," soalnya kemudian. Terasa hembusan nafasnya di rambutku.

"Kenapa Julia datang jumpa you tadi? Siap bagi bunga lagi. You dengan dia ada apa-apa yang istimewa ke?," tanyaku laju.

"Banyaknya soalan you. Cemburu ye?," tanyanya kembali dengan ketawa yang kuat.

"Terpulang pada you nak cakap apa. Tapi I perlu tahu kerana I tak mahu terus mencurigai you. Hati I takkan tenang selagi tidak mengetahui hal yang sebenar," terangku mendatar. Selebihnya aku terasa jauh hati dengan kata-kata dan reaksinya tadi.

"Ataupun you mahu I terus bersikap dingin dengan you? I tak boleh selamanya begini Fan…kita akan bernikah bulan depan. So, I tak mahu ada sebarang sengketa dan rahsia diantara kita. Atau mungkin... kita tangguhkan dulu tarikh pernikahan kita, bagaimana?," cadangku setelah agak panjang meluahkan rasa hati. Aku menoleh mencari wajah Irfan. Ada perubahan di wajah itu, tegang! Marahkah dia? Atau tersinggung dengan kata-kataku barangkali?

"Fan..bagaimana? setuju tak?," panggilku apabila dia masih mendiamkan diri. Irfan berjalan mengambil tempat duduk di depanku dengan wajah yang masih tegang.

"No! I tak setuju. You dah abis cakap? Ok, now listen to me," tuturnya setelah agak lama membisu.

"Kita akan tetap bernikah bulan depan. Tentang Julia you tak perlu risau kerana dia hanyalah kawan baik I semasa di Melbourne. Diantara kami jelas tidak akan ada apa-apa hubungan yang istimewa. Itu janji I," terangnya panjang, sedikit melegakan hatiku yang penuh dengan syak wasangka sebentar tadi.

"You nak tau sebab apa dia jumpa I hari ini? Kasi I bunga?," aku hanya membalas dengan anggukkan.

"Hari ini berapa hari bulan, hmmm?," soalnya dengan kening yang sengaja dijungkitkan. Ada senyuman nakal dibibirnya saat itu.

"February 14th. Oh no..Valentine day kan?," jeritku agak kuat.

"Oh! That's why she gave you flowers," kataku mencebikkan bibir.

"Then you sukalah?," sambungku dengan muka yang memaparkan riak cemburu.

"Hei, she's my bestfriend ok, not my girlfriend!," jawabnya pantas mencubit hidungku.

"Ok, now I want something special from you," katanya sambil memainkan jari telunjuknya di pipi kanan.

"Hei, sepatutnya you yang kena bagi something kat I tau," tingkahku dengan muka yang sengaja dimasamkan.

"Oh Really? ok, I got no problem. You nak sekarang I boleh bagi," tutur Irfan selamba melangkah menghampiriku.

"Hei! You jangan nak mengada-ngada eh," Jawabku dengan muka yang merona merah, menyedari keterlanjuran kata-kataku sebentar tadi.

"So..nak kasi ke tak ni? If not I takkan keluar," tutur Irfan berbaur ugutan. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Betul ni?," tanyanya seraya melangkah rapat ke arahku. Aku mengangguk pantas. Tiba-tiba, chuppp..satu ciuman hinggap di pipi kiriku.

"Happy valentine day sayang… I love you! Kita keluar dinner malam nanti ok?," ucapnya romantis dan berlalu pergi tanpa sempat aku berkata apa-apa. Malah sempat lagi dia mengenyitkan mata nakal sewaktu menutup pintu pejabatku. I love you too! jawabku dalam hati yang berbunga riang.

No comments:

Post a Comment