Tuesday, March 9, 2010

Rahsia Rasa Hati - 2

Pagi ini, aku berpapasan dengan Irfan sewaktu menunggu lif di lobi selepas bersarapan pagi di café Sinar Jaya. Dia hanya memandangku dengan senyuman sinis dan aku pula hanya membuat muka selamba tanpa sebarang reaksi. Seingatku, semenjak peristiwa di Café Pertama, dia sememangnya begitu, selalu saja dengan senyuman sinisnya jika kebetulan bertembung dengan ku. Aku peduli apa! Ingat lawa sangat ke senyuman awak tu! Jin punya senyum lagik lawa! Itulah luahan rasa hatiku setiap kali terpandang senyuman sinis Irfan. Dan saat ini pun luahan hatiku tetap sama. Maintain beb!

Tatkala, aku sedang sibuk menyemak fail tender Syarikat Qiara, En Harris memanggil ku ke biliknya melalui interkom. Rina yang kebetulan lalu memberitahu yang En. Harris nak kenalkan staff baru kepada ku. Siapa agaknya ya?, hatiku bertanya. Setibanya di bilik En. Harris aku terpandangkan sesusuk tubuh yang memang aku kenali di penjuru bilik yang luas itu. Siapa lagi kalau bukan si senyuman sinis itu lah! Entah apa yang dia tengah buat dekat hujung sana agaknya, langsung tidak menyedari kehadiranku di ruang pejabat yang besar itu.

"Selamat pagi En. Harris," ucapku pendek.

"Oh ya Eizurra, kenalkan ini anak saya, Irfan. Irfan marilah sini Papa nak kenalkan kau dengan my beloved staff," En. Harris memulakan bicara.

Irfan menghampiri kami seraya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ku.

"Nice knowing you," katanya sambil mengenyitkan mata kepadaku. Terselit sebuah senyuman sinis di situ.

"Ok," jawabku pendek tanpa terus memandangnya.

"So, saya harap lepas ni awak boleh berikan kerjasama dengan Irfan because he will be with you for several projects. Also, saya akan lantik awak untuk bekerja di bawah Irfan sebagai Personal Assistant. Boleh Eizurra? bolehkan?," tanya En. Harris kemudiannya.

"What? oh..begitu ke En. Harris?," kataku akhirnya tanpa diberi peluang untuk membuat keputusan.

Si senyuman sinis itu aku perhatikan hanya mengangguk kepala dengan mata tertancap diwajahku, tiada sebutir komen pun keluar dari bibirnya yang merah itu di atas perlantikkan yang dibuat oleh En. Harris tadi.

"Takde pendirian langsung mamat nih!," gumamku geram seraya melangkah keluar.

Dan kerana pertemuan dan perlantikan tidak rasmi pagi tadi membawa aku kepada pertapaan yang panjang. Seharian aku tidak keluar dari pejabat hanya menjeruk perasaan yang membungkal dengan rasa sakit hati. Makan tengah hari pun aku tidak pedulikan apa lagi ingin membuat kerja. Serasakan mood aku terbang entah ke mana. Selalunya bila aku tiada mood begini, Alia teman rapatku seringkali akan mengusikku yang dia akan tolong panggilkan 'Pak Mood aiskrim magnolia' kat taman perumahan kami untuk 'kembalikan' mood aku tu! Hehe Alia, Alia.. suka sangat mengusik aku! Tapi dia lah teman aku yang paling setia. Deringan telepon di meja segera mematikan senyumanku, membantutkan rasa hati yang mula berbunga ceria apabila mengenangkan wajah Alia yang nakal di ruang fikiran.

"Hello!," sambutku perlahan.

"ElleaNur, masuk office saya sekarang!," kata suara dihujung talian.

"Eh! Hello..boleh saya tau siapa kat sana tu? Nak jugak tau office siapa yang saya kena masuk?!," Soalku agak nyaring.

Entah siapa jugaklah yang tetiba jer panggil aku ElleaNur. Setahu aku semua orang kat office ni panggil aku Eizurra. EllaNur tu mama, papa , nenek dan mereka yang dekat dengan aku saja yang panggil, getus hati kecilku.

"Hello Cik ElleaNur, I ni bos baru you. Dah lupa ke?," kata suara itu sinis.

"Oh En. Irfan..you ker, tak ingat pulak..pagi tadi tu… I was lost in action!," kataku perlahan.

"Ok now, come to my room please," katanya lagi sedikit tegas seraya meletakkan ganggang. Aiks tak sempat aku nak jawab!

Lima minit kemudian aku sudah terpacak di dalam bilik dia. Tapi dia sesedap rasa melemparkan senyuman sinisnya pulak pada aku. Kalau iya pun jemput lah aku ni duduk dulu, Hampeh! kata hatiku.

"Iya En. Irfan, ada apa-apa yang boleh saya bantu?," kata ku sekadar berbasa-basi.

"Saya ni tak suka buang masa, lagi pulak nak berdiri macam patung depan En. Irfan macam ni," sambungku lagi. Dia hanya memandang serius dan kemudian menyuruh aku duduk.

"Terima kasih atas kerjasama En. Irfan," kata ku penuh bersahaja. Dia terbatuk kecil.

"Ok, saya cuma nak tau pasal apa-apa project yang kita kena kerjasama and also want to give some tasks untuk awak, you are my PA right?," katanya bersulam senyuman sinis.

Dan seterusnya aku hanya menerangkan serba sedikit maklumat seperti yang diminta dan berjanji untuk 'mengupdate' akan projek-projek kerjasama kami nanti.

"So, apa pulak bidang tugas saya as your PA, En. Irfan?,"

"Ok, please note down Cik ElleaNur," katanya pendek.

"Firstly, awak kena buatkan minuman saya setiap hari.."

"Eh, tapikan kita dah ada Tealady En Irfan," potongku pantas.

"Siapa bos awak kat sini, hmmmm?," sambungnya agak tinggi.

"Ok, lagi?," tanya ku malas nak bersoal jawab.

"Awak kena ikut saya pergi mana-mana kalau ada meeting ke, function ke or sometime for personal purpose. Also, hanya awak yang boleh masuk office saya dan make sure my office always clean, tidy…",

"So that's meant saya yang kena kemas your office begitu?," soalku pantas.

"Iyer lah dah awak saja yang saya benarkan masuk office saya, takkan Mak Minah pulak!," sindirnya bersahaja.

"Ok so far, itu saja, kalau ada penambahan, I'll inform you later. But I think, its will be more difficult than kerja-kerja seorang PA tau?," sambungnya berserta senyuman sinis yang sengaja dibuat-buat untuk menyakitkan hatiku.

"Ok," balasku pendek lantas bangun untuk meniggalkan pejabatnya. Sebelum melangkah keluar sempat aku meminta pertolongan darinya.

"Err.. En. Irfan, boleh tolong saya tak?," tanya ku dan hanya di balas dengan kerutan didahinya.

"Tolong jangan panggil saya ElleaNur, semua orang dekat office ni panggil saya Eizurra!," kataku agak tegas.

"Eh, saya punya sukalah nak panggil awak apa!," jawabnya pantas.

"Tapi saya tak suka!," kataku pula.

"Saya pun tak suka jugak panggil awak Eizurra! Lagi pulak, lidah saya ni suka sangat nak sebut ElleaNur, nak buat macam mana?," tingkah Irfan selamba.

Tak kuasa aku nak melayan orang yang tak faham bahasa ni! Getusku dalam hati dan berlalu keluar.

No comments:

Post a Comment