Monday, March 8, 2010

Rahsia Rasa Hati - 1

Ezairil Irfan…
Itulah nama yang sangat aku puja dan simpan jauh dilubuk hati meskipun insan itu sering kali membuat aku memendam dan menjeruk rasa hatiku. Tapi itu kisah 5 tahun yang lalu. Aku kini bagaikan dapat melupakan dia meskipun kadangkala nama itu bisa memberi getaran yang hebat apabila ianya sesekali melintasi minda dan hatiku, walaupun aku tahu ianya hanya sia-sia belaka!. Kurasakan aku sudah mampu hidup tanpa nama dan bayangan lelaki itu, tetapi pagi ini…disaat aku sudah diberi kekuatan untuk hidup dengan tenang, rasa itu datang lagi untuk sekian kali.

Sungguh tidak aku duga, kunjungan aku ke rumah En. Harris hujung minggu yang lalu merubah rasa hatiku. Kunjungan yang hanya untuk meraikan majlis akikah cucu sulung bosku aku rasakan sungguh memedihkan tangkai hati. Sakit! tapi tidak dapat diluahkan dengan rintihan dan kata-kata. Tidakku sangka selama ini aku rupa-rupanya telah bernaung di syarikat kepunyaan bapa Irfan. Sungguh, jika aku tahu dari awal tak ingin aku mempunyai sebarang ikatan dengan keluarga dia. Disaat kaki ku melangkah ke ruang tamu yang indah itu, aku terpandangkan seorang lelaki yang aku rasakan cukup kenal sekali. Mungkin seiras kata hatiku. Tapi disaat Pn. Maryam isteri En. Harris memanggil aku untuk di perkenalkan kepada lelaki itu, aku rasakan kepala ku berputar hebat, dan kata hatiku sebentar tadi ternyata terpesong jauh! Ya Allah tabahkan hatiku.

Masih segar ingatan ku kepada pertemuan yang merubah hidup aku 5 tahun yang lalu.Ketika itu aku dan Alia , sahabatku merangkap teman serumah aku kini sedang menikmati makan malam di Café Kolej Pertama dan secara tiba-tiba disapa oleh Irfan yang kebetulan turut makan malam disitu bersama-sama beberapa orang kawannya.

"Siapa yang namanya ElleaNur?," tanyanya memandang ke arah kami berdua silih berganti. Sesaat ke arahku dan sesaat pula ke arah Alia di sebelahku.

"Ya, saya, kenapa?," jawabku pendek lantas mendongak mendapatkan empunya suara. Tiba-tiba hatiku berdegup laju disaat mata mula bertentang, cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ke arah Alia didepan.

"Oh iyer ker. So you ni lah yang admired sangat kat I ya?," kata Irfan bersahaja dengan suara yang kurasakan mampu di dengar oleh orang-orang di sekelilingku.

"How could you?," aku menjawab dalam rasa sakit hati yang ku tahan sedari tadi.
Dia hanya memandangku dengan senyuman sinis yang kurasakan sengaja di buat-buat supaya dapat menyakitkan hatiku yang sememangnya membara.

"Dengan sini Cik ElleaNur. I tak rasa you ni gadis yang sesuai untuk admire pada I! Lagi pulak. I ni tak sukakan girl yang dok terhegeh-hegeh kat lelaki! Are you cleared with that Cik ElleaNur?!," sambungnya dengan suara yang lebih tinggi dari tadi.

Aku terpempam mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Irfan. Rasa hatiku ingin menjawab tetapi mindaku seakan-akan membeku. Sungguh! Tidak pernah aku dimalukan sebegini rupa didepan khalayak ramai.

"Terima kasih kerana telah menyedarkan saya, terima kasih," tuturku perlahan seraya mengheret Alia untuk beredar dari tempat itu. Dan, dari saat itu bermulalah dendam dan rasa sakit hati aku terhadap makhluk yang satu itu.

Memang aku meminati Irfan, tetapi ku rasakan tidak pernah pulak aku memberitahu rasa hatiku kepada sesiapa walaupun kepada Alia sekalipun. Aku pendamkan segalanya di dalam lubuk hatiku yang paling dalam dan rasanya tidak akan terjangkau oleh sesiapa kerana aku memang pandai menyimpan segala apa yang aku rasa dan fikirkan terutama sekali mengenai perkara peribadiku. Sesekali tidak akan aku pamirkan. Cuma, penah sekali aku catitkan di helaian kosong semasa pertama kali perasaan itu terdetik di hatiku, ditahun pertama pada saat mata bertentangan dengan Irfan di minggu orientasi. Ya! Itu saja seingatku. Tapi ianya terus aku buang kerana aku rasakan cukup hanya hatiku yang tahu dan menyimpan segalanya. Dan dari saat Irfan memalukan aku 5 tahun yang lalu sehingga saat ini, aku telah sematkan di dalam hatiku untuk tidak memaafkan dirinya. Titik!

No comments:

Post a Comment