Tuesday, October 26, 2010

Rahsia Rasa Hati - 13

"Aku terima nikah ElleaNur Eizurra Binti Eizuddin dengan mas kahwinnya seutas rantai emas, tunai...," kedengaran suara Irfan melafazkan akad nikah di ruang tamu rumahku.

Termeterailah kini statusku sebagai isteri Irfan yang sah. Majlis pernikahan diadakan pada hari jumaat secara kecil-kecilan dengan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak. Aku hanya ditemani oleh Alia dan beberapa orang sepupu kecilku termasuk Farrissa. Semenjak terjadinya pertelingkahan antara aku dan Irfan minggu lalu, kami seakan membawa haluan masing-masing sehinggalah ke hari pernikahan ini. Masih merajuk lagikah Irfan dengan tindakkan aku minggu lalu? Sepanjang hari ini hatiku berdebar hebat, tidak sabar untuk melihat reaksi dan wajah Irfan. Dan saat ini, Irfan sedang melangkah menghampiriku bersama rantai di tangan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Terpancar sinar gembira di wajah dan mata hitam Irfan. Hatiku terasa sedikit terharu dengan reaksi Irfan itu.

"ElleaNur sayang… you look so beautiful, gorgeous! Tak sabar 'Abang' nak tunggu our first night!," bisik Irfan perlahan tatkala tunduk mengalungkan rantai yang menjadi mas kahwinku. Kemudian, buat kali pertama sebagai suamiku, Irfan menghadiahkan sebuah ciuman di dahiku. Sungguh syahdu, buat hatiku bertambah terharu!

"Thanks a lot, sayang," sambungnya lagi seraya mengenyitkan mata dan tersenyum menggoda.

Abang? Aku hanya mencebikkan bibir tanpa sebarang kata. Tidak aku nafikan, Irfan sememangnya seorang lelaki yang romantis, sifatnya itu terserlah sejak awal pertunangan kami lagi. Cuma aku yang tidak membalasnya, sengaja mempamerkan sikap dingin walau hakikatnya aku sebenarnya lebih romantis daripada Irfan sendiri. Lagipun, aku rasa sungguh kekok untuk menjadi seromantis Irfan. Malu! Tapi bukankah seorang perempuan sememangnya dilahirkan begitu?

Malam pertama? Ah! Takkan berlaku sebelum majlis persandingan, 3 bulan lagi Irfan! Janji hatiku saat lensa kamera galak merakamkan detik sejarah kami berdua. Aku hanya tersenyum kecil apabila diminta berbuat demikian oleh jurukamera. Sesekali menjeling ke arah wajah Irfan yang nampak sungguh berseri-seri.

Kebanyakkan tetamu sudah beransur pulang setelah menjamu selera. Kini hanya tinggal keluarga kecilku bersama Irfan. Aku sedikit pun tidak memperlawa Irfan bermalam di rumahku. Hanya mama dan papa yang seakan-akan memaksa Irfan untuk menginap di rumah kami dan disokong pula oleh kedua-dua ibu bapanya. Aku hanya mampu memasamkan muka dengan mama dan papa. Bukankah aku sudah mengingatkan mereka yang Irfan hanya boleh tinggal bersama kami setelah majlis persandingan nanti. Sekali lagi aku terdera dengan tindakan mama dan papa.

Irfan! Lelaki itu seperti lembu yang dicucuk hidung! Menurut tanpa sebarang bantahan. Menyampah! Getus hatiku geram. Aku bertindak mengurungkan diri di dalam bilik, tanda protes dengan tindakkan mama dan papa dan juga Irfan. Aku hanya membiarkan Irfan dilayan oleh mereka sehinggalah lewat malam seusai mandi, kedengaran pintu bilikku di ketuk dari luar. Aku bertindak mendiamkan diri, berpura seolah-olah sudah terlena. Tetapi teriakan suara papa yang agak kuat memaksaku membuka pintu. Pasti papa marah!

"ElleaNur! Papa mahu Ellea turun kebawah sekarang, temani Irfan makan malam. Sudah lewat ni! Jangan lupa, Irfan tidur di bilik Ellea malam ini!," arah papa mengalahkan suara diktaktor. Aku membuat muka manja untuk memancing simpati papa. Selalunya, papaku akan mengalah tapi malam ini langsung tiada respon darinya. Papa kejam! Rungutku geram.

"Papa… papa selalu paksa ElleaNur tau…,"rungutku manja seakan mahu menangis. Tanpa mempedulikan rungutanku papa berlalu masuk ke bilik tidurnya dengan senyuman mengejek. Papa ni memang tau! Desisku seraya melangkah turun ke bawah.

Aku lihat Irfan sedang menonton tv, masih dengan pakaian siang tadi. Tak tahu hendak mandi ke mamat ni! Pandangku sekilas dan berlalu ke dapur menyiapkan hidangan. Aku hanya bertindak menjadi pemerhati semasa menemani Irfan makan. Aku hanya bercakap bila ditanya oleh Irfan. Selebihnya, akalku rancak mencari alasan, memikirkan bagaimana hendak mengelakkan diri daripada tidur berdua dengan Irfan malam ini. Hendak disuruh tidur di dalam bilik tetamu, aku bimbang papa dan mama marah. Bilikku tiada sofa, kalau tidak boleh aku suruh dia tidur di situ. Atau kalau perlu biar aku saja yang mengalah biarkan Irfan tidur di atas katil. Apa kata… kalau atas lantai? Sanggupkah aku? Sungguh! Otakku benar-benar tepu saat ini. Tiada satu pun jalan yang aku temui. Ah! Lantaklah.

"Sayang… abang nak mandi, ada tuala?," tutur Irfan sejurus masuk ke bilikku. Aku hanya memandang kosong dan berlalu mengambil tuala di dalam almari bajuku. Tanpa memandang ke wajah Irfan aku menghulur tuala dan berlalu ke arah katilku.

"You boleh tidur atas katil I. Tapi ingat, behave yourself! I tak mau apa-apa berlaku. Nothing will be happen between us... sampai majlis persandingan nanti!," kataku tegas mengambil tempat di atas katil. Segera aku menghilangkan diri disebalik selimut.

"Ok… We'll see," balas Irfan dari sebalik pintu bilik air.

Selesai mandi dan mengenakan baju Irfan berbaring perlahan di sebelah ElleaNur. Sekilas dijelingnya wanita yang baru menjadi isterinya. Pura-pura tidur! Desisnya tersenyum gelihati. Seketika akalnya ligat mencari helah untuk mengusik ElleaNur.

"ElleaNur… tak baik tahu seorang isteri tidur membelakangkan suami, tak cium bau syurga tau…," bisik Irfan perlahan di telinga ElleaNur. Tiada Respon!

"ElleaNur sayang… tak takut dosa ya, hmmm?," tanpa menunggu reaksi dari isterinya, Irfan pantas merangkul pinggang ramping ElleaNur dan membalikkan tubuh itu menghadapnya. Sebuah ciuman kudus singgah di dahi ElleaNur lembut. Membuat ElleaNur sedikit terpana!

"Irfan! Apa you buat ni? Tak ingat syarat yang I cakap tadi!," jerit ElleaNur dengan muka yang mula merona merah.

"You ni melampau tau tak?," Marah atau gentar? Dia sendiri pun tidak pasti.

Sungguh! Dia terperanjat dengan tindakkan Irfan. Sangkanya, tentu Irfan akan mematuhi syarat yang diberikan sebentar tadi. Tapi... dia juga seakan tergoda! saat ini hatinya turut meronta untuk berada dekat dengan Irfan, merasa belaian seorang suami, lelaki yang turut dicintai. Tapi, mujur egonya juga cepat membantah, bagi menutup gelodak jiwanya, dia menjerit geram.

"Buatlah…izinkan abang sayang...," jawab Irfan selamba seraya memagut bibir merah ElleaNur, menyekat peluang isterinya itu untuk membantah.

Bertalu-talu ciuman memenuhi wajah ElleaNur yang saat itu bertambah cantik pada pandangannya. ElleaNur meronta melepaskan rangkulan dan melarikan wajah yang mula rimas dengan tindakkan Irfan. Tapi… apalah dayaku, seorang perempuan yang sememangnya dikurniakan dengan 1 akal dan 9 nafsu! Akalku yang 1 telah dikuasai oleh 9 akal Irfan! Aku akhirnya hanyut dibawa Irfan ke lautan yang tidak bertepi. Membalas setiap sentuhan, belaian dan cumbu rayu Irfan. Terkulai layu di dalam pelukan sang suami berkali-kali, suami yang menuntut haknya di dalam diriku, seorang isteri yang pasrah ketentuan ilahi.

Dan... pagi itu sewaktu bangkit dari tidur aku mengamuk sakan. Aku menuduh Irfan sengaja mengambil kesempatan! Tidak mematuhi segala syarat yang aku tetapkan. Walau sedar kelemahan diri, aku tetap menghamburkan semua kesalahan pada Irfan. Manakan tidak, syarat yang aku berikan untuk masa lebih kurang 3 bulan untuk dipatuhi dilanggar Irfan dengan sewenang-wenangnya dalam masa tidak sampai 1 hari!

Aku tidak pernah menafikan hak Irfan pada tubuh badanku, tetapi tidak bolehkah dia bersabar sehingga majlis persandingan kami 3 bulan lagi. Kedua-dua keluarga tetap bertegas untuk mengadakan majlis secara besar-besaran memandangkan aku anak tunggal mama dan papaku manakala, Irfan pula anak bongsu keluarga En. Harris.

Aku takut sebenarnya, takut seandainya aku hamil! Bagaimana mahu bersanding dengan keadaanku begitu? Bila aku memberikan alasan begitu kepada Irfan pagi itu, dia hanya tergelak besar, menambah kemarahanku yang sememangnya meluap-luap kepadanya. Adakah patut dia menyuruhku mengambil pil perancangan keluarga! Pil yang sememangnya aku berjanji untuk tidak mengamalkannya apabila aku berkahwin. Aku mahu merancang secara semulajadi! Sudahnya, aku mengambil jalan mendiamkan diri, merajuk, dan memberontak didalam diam. Cuti hujung minggu yang hanya 2 hari aku rasakan bagai sebulan lamanya. Lagi-lagi menghadap muka selamba Irfan, membuat aku bertambah sakit hati!

1 comment: