Monday, October 25, 2010

Rahsia Rasa Hati - 12

Monolog Irfan

Sudah beberapa hari aku tidak bertemu dengan ElleaNur semenjak pertengkaran di rumah sewanya. Di pejabat juga tidak bertemu wajah kerana secara kebetulan aku mempunyai tugasan di Johor Bahru. Walaupun hati aku sarat dengan rasa rindu, aku cekalkan hati untuk tidak menunjukkannya kepada ElleaNur. Sengaja aku mengambil jalan untuk menjauhkan diri buat seketika daripada ElleaNur, biar wanita itu tahu aku juga mempunyai perasaan, tersentuh dengan tindakkannya.

Kini, kami berdua seakan-akan merajuk, membawa haluan sendiri walau pada hakikatnya dalam beberapa hari sahaja lagi majlis pernikahan akan berlangsung. Sungguh! Aku terasa kehilangan dengan situasi yang melanda ini, perselisihan faham kecil yang sengaja diperbesarkan membawa kepada satu perasaan yang sungguh menghiris hati. Biarlah untuk beberapa hari ini sebelum aku dan ElleaNur menjadi suami isteri, kami melayani perasaan sakit hati masing-masing. Semoga selepas ini tiada sengketa diantara aku dan ElleaNur. Tapi, ada satu persoalan yang aku masih tidak habis fikir, persoalan yang selalu menjadi punca sengketa diantara aku dan ElleaNur. Cemburu!

Kenapa ElleaNur mesti cemburu dengan Julia? Sudah beberapa kali aku tegaskan padanya yang antara kami tiada apa-apa hubungan yang istimewa. Hanya kawan semata-mata. Salahkah seorang lelaki dan seorang perempuan menjadi sahabat? Tidak aku nafikan, Julia pernah menaruh hati padaku sedikit waktu dulu dan kami hampir menjadi sepasang kekasih. Tetapi mujurlah ketika itu hati dan fikiranku cepat sedar akan perasaan aku yang sebenar terhadapnya, lalu aku menolaknya dengan cara baik dan ianya dapat diterima oleh Julia. Aku tidak pernah merasakan satu getaran, perasaan yang halus setiap kali berada berdekatan dengan Julia. Julia aku anggap sebagai kawan baik. Tapi, apabila bersama ElleaNur, aku dapat merasakan satu perasaan halus yang menyelinap kedasar hati, perasaan dan rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Menyebut namanya saja sudah membuatkan aku rindu dan hatiku berdebar hebat, tambahan pula nama itu telah aku sematkan di dalam hati sejak 5 tahun lalu.

Memang tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini aku selalu keluar dengan Julia. Julia menghadapi masalah dengan keluarganya dan sebagai seorang kawan, aku perlu berada di sampingnya. Mungkinkah sifat manja dan keanak-anakan Julia apabila berdampingan denganku menimbulkan riak cemburu dihati ElleaNur? Tapi, bukankah seorang perempuan itu dilahirkan dengan sifat semulajadi begitu? Kenapa ElleaNur tidak pernah cuba memahaminya? Sukar benarkah bagi seorang perempuan meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada seorang lelaki? Atau mungkinkah juga Julia masih menaruh hati kepadanya? Lalu rasa hatinya dapat dihidu oleh ElleaNur? Tapi, hanya satu yang perlu ElleaNur tahu, Ezairil Irfan hanya milik ElleaNur Eizurra seorang. Nokhtah!

::I Don't Want To-Tony Braxton::

I really don't feel like talking on the phone
And I really don't feel like company at home
Lately I don't want to do the things I used to do
Baby since I lost you

And I don't want to sing another love song [babe]
I don't want to hum another melody
I don't want to live my life without you babe [yeah]
It's driving me crazy [crazy]

I really don't feel like smiling anymore
And I haven't had the peace to sleep at all
Ever since you went away
Baby my whole life has changed
I don't want to love and I don't want to live

And I don't want to sing another love song [baby]
I don't want to hum another melody
I don't want to live without you babe [yeah]
It's driving me crazy [crazy]

I don't wanna laugh, I don't wanna play
I don't wanna talk, Have nothing to say
I don't want to tour, forget this show and how can I go on
Now that you are gone

And I don't want to sing another love song [babe]
I don't want to hum another melody
I don't want to live my life without you babe [yeah]
It's driving me crazy
[crazy]

No comments:

Post a Comment